RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Monday, April 2, 2012

BAHAN BANTU MENGAJAR TERAPI PENDIDIKAN KHAS




TERAPI CARA KERJA : HUNGRY GUY TENNIS BALL 

LATIHAN MANIPULASI TANGAN (GENGGAMAN) 


Penulis : Siti Hajarat

TUJUAN

Dalam terapi ini, murid dilatih untuk berupaya untuk menggenggam barang atau pensel dengan kukuh menggunakan sebelah tangan tanpa bantuan tangan lain. Selain itu, terapi ini melatih jari- jari tangan kanak-kanak untuk bergerak dan amat bersesuaian untuk kanak-kanak yang menghidap cerebral palsi (cp) atau yang mengalami kelemahan otot tangan.

KELEBIHAN
  • Dapat menarik perhatian kanak-kanak dengan rekabentuk yang menarik 
  • Mudah dikendalikan oleh kanak-kanak 
  • Murah dan mudah untuk dibuat 
  • Boleh melatih genggaman dan koordinasi tangan 



CARA PENGGUNAAN

I. murid dikehendaki memegang bola dengan genggaman yang betul, bahagian mulut dihadapan tangan 

II. murid menggenggam kuat di kedua belah muka “hugry ball” hingga mulutnya terbuka 

III. bagi menambah kesukaran, murid perlu memasukkan duit syiling,guli dll kedalam mulut 




TERAPI MAIN : TIKAR KERETA



TUJUAN

Dalam terapi ini, murid dapat melatih kemahiran visual persepsi dengan aktiviti mencari bangunan yang betul dan tempat di atas tikar mainan ini. Menjalankan aktiviti membawa kereta menggunakan tangan secara tidak langsung membina kemahiran motor halus iaitu tracing, menyambung titik-titik dan menggengam dengan betul.

KELEBIHAN 
  • aktiviti bermain sambil belajar yang tidak membosankan 
  • dapat dipraktikkan pada kehidupan seharian 
  • menarik, berwarna-warni dan bersifat konkrit 
  • senang disimpan 
  • mudah dikendalikan 
BAHAN:
  •  kereta tikar
  •  Kereta
CARA PENGGUNAAN

I. murid dikehendaki menggerakkan kereta pada kotak “mula” 

II. murid menggerakkan kereta mengikut jalan raya dan mendengar arahan guru samaada hendak berhenti di mana-mana tempat yang terdapat di tikar 

III. murid membawa kereta tanpa melanggar di tepi jalan dan mengikut peraturan jalan raya seperti ‘papan tanda’, kawasan pejalan kaki dll. 


TERAPI MULTISENSORI : PAPAN BERHURUF DAN PENYEPIT



TUJUAN

Permainan ini melatih murid untuk mengenali huruf mengikut urutan dan melatih kemahiran pra menulis dengan meningkatkan kemahiran motor halus tangan dengan menggenggam dan menguatkan pergerakan lengan. Selain itu, permainan ini turut melatih murid untuk mengikut giliran “turn taking” dengan murid-murid lain,

KELEBIHAN
  • murah dan mudah untuk disimpan 
  • melibatkan penglibatan aktif kanak-kanak 
  • tidak membosankan dan menanam sifat yakin diri 
  • boleh bermain ramai maksimum 5 orang 

BAHAN
  • · papan huruf 
  • · gam panas 
  • · penyepit baju 
  • · dadu
CARA BERMAIN

I. murid dikehendaki memulakan permainan pada kotak “mula”

II. Murid perlu melambung dadu, dan menggerakkan penyepit mengikut jumlah yang didapati

III. Murid menggerakkan penyepit mengikut turutan huruf yang betul sambil menyebutnya secara kuat

IV. Murid akan dikira menang jika sampai ke kotak penamat


TERAPI CARAKERJA : BOLA EMAS

TUJUAN



Terapi ini membantu kanak-kanak untuk menggenggam pensel dengan kemas dan betul. Melalui bola emas ini, murid akan menggenggamnya di dalam tangan sambil memegang pensel untuk menulis. Oleh itu, ini dapat melatih kekuatan jari dan tangan dan menggenggam pensel dengan kemas tanpa terjatuh. Selain itu, dapat memupuk sifat tanggungjawab.

KELEBIHAN
  • Mudah dan murah cara penyediaannya 
  • Mudah disimpan dan tahan lama 
  • Boleh digunakan untuk permainan lain seperti “batu seremban” 
BAHAN
  • · Bijian 
  • · Kain perca 

CARA PENGGUNAAN

I. boleh digunakan semasa aktiviti menulis dengan menulis sambil menggenggam bola emas dalam genggaman
II. tidak boleh menjatuhkannya semasa menulis
III. setelah murid dapat menggenggam dengan kemas, cuba biarkan murid menulis tanpa bola emas

TERAPI MUZIK DAN NYANYIAN : TOPENG HAIWAN



TUJUAN

Terapi ini membantu kanak-kanak dalam berinteraksi dengan rakan sebaya @ orang luar. Dengan terapi ini, secara tidak langsung dapat melatih kanak-kanak untuk mendengar arahan, boleh berkomunikasi dan bersosial. Malahan, kemahiran “turn taking” secara tidak langsung dapat diterapkan.

KELEBIHAN 
  • Mudah dan murah cara penyediaannya 
  • Mudah disimpan dan tahan lama 
  • Kanak-kanak mudah untuk memahami 

BAHAN
  • ·Topeng 
  • · Lagu 

CARA PENGGUNAAN 

I. Kanak-kanak menyanyikan lagu sambil menggayakannya mengikut topeng yang diberikan. Contoh : harimau : mengaum

II. Kanak-kanak menyanyi bersama-sama atau mengikut giliran


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 SENSE OF SIXTH Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes