RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Monday, April 2, 2012

PELAKSANAAN TERAPI HAIWAN

Penulis : Siti Hajarat Ramly

Perlaksanaan terapi haiwan perlu dilaksanakan berdasarkan beberapa kriteria-kriteria yang perlu dititikberatkan agar ia dapat diaplikasikannya secara berkesan. Masyarakat kini mulai sedar betapa pentingnya terapi haiwan terhadap kanak-kanak khas terutamanya bagi kanak-kanak autism, hiperaktif (ADHD) dalam mempengaruhi mereka untuk berkomunikasi, bersosial, mengawal emosi dll. Antara terapi haiwan yang wujud adalah terapi berkuda,
terapi anjing, terapi kucing, burung dll.




Kanak ADHD yang menjalani terapi haiwan secara berkesan

Sumber : kosmo 14 mac 2011


Di Amerika Syarikat, perkataan “terapi” amat dititikberatkan ini kerana ia bermaksud sesuatu terapi itu memenuhi kriteria tertentu seperti mempunyai ahli terapi berlesen yang menetapkan matlamat rawatan individu, panduan rawatan, dokumentasi rawatan, menilai kejayaan rawatan dan termasuk bil insurans untuk rawatan terapi ini. 

Oleh itu, bagi melaksanakan terapi haiwan ini, persediaan perlu dititikberatkan bagi mengelakkan aplikasi negatif timbul. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam menjalankan terapi haiwan :





PASTIKAN KESEDIAAN HAIWAN



Haiwan ini dapat merasakan perubahan emosi penunggangnya ataupun orang yang ada disekitarnya. Menurut Mc Bane (1994), seekor kuda dengan sifat yang cenderung agresif akan bereaksi gelisah ketika orang yang akan menungganginya gelisah. Harvest (1997), menyatakan bahawa kuda dapat merasakan apa yang dirasakan oleh manusia, kerana kuda memiliki deria ke enam (sixth sense) yang baik. Kuda dapat mendengar pemikiran atau merasakan getaran perasaan yang tidak dapat dirasakan manusia, selain itu kuda juga dapat mencium bau keringat orang yang sedang merasa ketakutan.

Memastikan haiwan tersebut mempunyai potensi dalam menjadi haiwan terapi, Contohnya, membawa anjing terapi ketempat yang terdapat ramai orang, seperti di taman, dan lihat bagaimana ia bertindak balas dan berinteraksi dengan orang sekelilingnya. Pastikan dia bertindak balas kepada arahan anda walaupun dalam persekitaran sibuk

Oleh itu, mengikut pakar dalam terapi haiwan Delta Society’s mengenai mengaplikasikan terapi haiwan dalam panduan murid adalah :

Ø Terapi haiwan ini boleh memberi risiko terhadap haiwan apabila rawatan ini memberikan prioriti utama kepada kanak-kanak berbanding keperluan haiwan tersebut. Oleh itu, pengendalian doktor yang berpengalaman, pengendali terapi, pemilik haiwan dan orang yang berkaitan perlu diambil perhatian :


Ø Pastikan haiwan ini tidak pernah digunakan dalam pengendalian terapi haiwan sebelum ini. Ini bagi mengelakkan kesukaran haiwan ini menyesuaikan diri kerana mempunyai satu ikatan kekal terhadap pemiliknya sebelum ini.

Ø Keperluan haiwan perlu dititikberatkan dan seimbang dengan keperluan klien.

Ø Patuhi undang-undang tempatan mahupun antarabangsa berhubung dengan kebajikan haiwan pada setiap masa. Pastikan permit, lessen mahupun pendaftaran diperolehi terlebih dahulu.

Ø Pusat jagaan, rumah dan pihak mana-mana yang terlibat dalam terapi ini mestilah berperikemanusian dan tidak melanggar peraturan . Ini kerana haiwan perlulah dijaga dengan sifat saling hormat-menghormati (Gammonley et al., 2003, p. 22).


KESEDIAAN PENGENDALI TERAPI

Pengendali perlu menjalani latihan dalam melaksanakan terapi haiwan secara berkesan. Ini amat penting kerana melalui latihan kita mengetahui dan dapat mengagak implikasi yang akan berlaku sekiranya sesuatu tindakan dijalankan.

Sekiranya kita tidak tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan klien bagaimana kita hendak memastikan klien dapat menjaga haiwan dengan selamat dan apabila menghadapi situasi yang mencabar.

Ini akan membahayakan keselamatan klien serta haiwan tersebut. Namun, di Negara Malaysia pendedahan mengenai terapi haiwan amat kurang dan kita boleh membuat rujukan melalui organisasi luar negara yang lebih aktif dalam bidang ini,

MENYEDIAKAN BORANG PENILAIAN

Penyediaan borang penilaian ini amat penting bagi menyediakan bukti kukuh rawatan. Penilaian perlu dijalankan secara konsisten dengan mencatatkan segala maklumat penting sepanjang rawatan dijalankan.

Menentukan haiwan terapi ini berkeadaan baik. Sediakan senarai semak soalan-soalan asas baik. Antaranya adalah seperti adakah haiwan terapi ini merasa gembira ketika sesi terapi dijalankan,

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Dapatkan pemeriksaan veterinar\ bagi haiwan terapi tersebut. Kebanyakan kemudahan dan pendaftaran kebangsaan memerlukan laporan bertulis kesihatan haiwan tersebut.Haiwan terapi tersebut memerlukan suntikan vaksin yang terbaru dan berkeadaan sihat, maka ia tidak memberikan risiko terhadap kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang rendah.

Pastikan klien atau kanak-kanak khas tersebut tidak menghidapi sebarang alergik terhadap haiwan terutamanya haiwan berbulu seperti kucing, anjing dan sebagainya. Membuat semakan rekod kesihatan dan latar belakang kanak-kanak yang mungkin pernah mengalami fobia atau trauma terhadap sesetengah haiwan


Menentukan jika anjing ini perlukan latihan khas sebelum sesi terapi dijalankan. Sesetengah anjing secara automatik mempunyai kelakuan, sosial yang baik



PELAKSANAAN TERAPI KUDA 

Menurut Chassigne menunggang kuda sebagai terapi banyak memberi manfaat .Dalam catatannya menunggang kuda dapat membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan apa yang penting ia mendorong semangat penunggang.


· MEMPERKENALKAN KUDA KEPADA KANAK-KANAK

o mengajar mereka cara mendekati kuda

o tempat yang selamat untuk berdiri berhampiran kuda

o mengenali peralatan asas seperti pengekang, ladam, tali kekang, pelana, lilitan dan rakap


· CARA MENAIKI KUDA
o Seterusnya kanak-kanak diajar cara-cara menaiki kuda dengan selamat


· CARA MENURUNI KUDA

o Seterusnya kanak-kanak diajar cara-cara menuruni kuda dengan selamat.


· MENUNGGANG DENGAN BANTUAN

o Setelah kanak-kanak mahir menaiki dan menuruni kuda mereka dibawa menunggang kuda mengelilingi sekitar kawasan terapi dengan bantuan jurulatih.


· MENUNGGANG SAMBIL MELAKUKAN PERGERAKAN

o Kanak-kanak juga diminta melakukan beberapa pergerakan mudah seperti mengangkat tangan, memegang pinggan, membongkok dan lain-lain.


· MENUNGGANG SAMBIL MENYANYI
o Adakalanya kanak-kanak akan mengikut jurulatih menyanyi lagu semasa menunggang kuda.

o Ini dapat memberikan mereka keseronokan dan kepuasan


· MENUNGGANG MENGGUNAKAN TALI PANJANG. (LONGING)

o Kanak-kanak akan diajar menunggang kuda menggunakan tali panjang, Ini bermakna mereka menunggang kuda dengan sendiri tetapi jurulatih tetap mengawasi kuda tersebut dengan memegang tali kekang kuda yang panjang

o Kuda akan mengelilingi jurulatih dalam jarak kepanjangan tali tersebut.


· MENUNGGANG MENGIKUT ARAHAN

o kanak-kanak akan diajar bagaimana menggerakkan kuda samada laju, perlahan, ke kiri atau ke kanan mengikt arahan jurulatih.

o Arahan ini berterusan sehingga mereka faham dan mampu melakukannya sendiri.


· MENUNGGANG SENDIRI

o Selepas segala arahan telah difahami dan boleh dilakukan sendiri.

o Murid-murid akan dibiarkan menaiki kuda sendiri.

o Namun demikian, jurulatih tetap memberi pengawasan sehingga mereka telah benar-benar mahir


Terapi berkuda atau hippo therapy merupakan satu aktiviti yang disarankan oleh Rasulullah SAW secara tidak langsung selain dari memanah dan berenang. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim). Sebagai umat Islam kita hendaklah mematuhi setiap apa yang disarankan oleh Rasulullah, kerana setiap suruhan rasulullah itu terkandung 1001 manfaat.


PELAKSANAAN TERAPI ANJING


Terapi anjing melibatkan haiwan anjing sebagai bahan terapi. Terapi ini dapat dijalankan dengan menggunakan anjing terapi yang terlatih ataupun membela anjing menjadi haiwan kesayangan di rumah. Oleh itu, terapi ini dapat dijalanakan secara efisien dengan teknik yang betul. Terapi Anjing lebih efektif kerana sifat anjing yang pintar, sensitif dan lebih mudah bergaul dengan manusia,

Peranan utama bagi anjing terapi adalah membolehkan kanak-kanak yang sedang menjalani terapi dapat membuat hubungan fizikal dengan cara memeluk, sentuhan, memanjat, membuat pusingan dikeliling kanak-kanak ataupun berbaring selesa. Ini dapat mempengaruhi kanak-kanak dalam komunikasi, kehidupan sosial dan dapat menimbulkan ketenangan bagi kanak-kanak yang menghidapi ADHD serta membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pertuturan dan gangguan emosi.

Antara perlaksanaan dalam terapi anjing adalah :

· Sekiranya menggunakan anjing terapi, berikan anjing tersebut kiu lisan atau fizikal setiap atau sebelum lawatan terapi supaya dia akan tahu destinasi dan apa yang boleh dijangkakan,

· Anjing terapi mendekati kanak-kanak dengan hanya duduk bersebelahan dan bermain dengan kanak-kanak dan menunggu kanak-kanak bertindak balas terhadapnya seperti menepuk-nepuk, bercakap atau membuat reaksi muka

· Kanak-kanak yang menjalani terapi ini perlu berinteraksi dengan anjing terapi ini dengan bermain dengannya, memberi makan dan memandikannya.


· Bagi melatih kanak-kanak yang bermasalah dalam masalah pertuturan, anjing terapi ini hanya perlu duduk diam dan mendengar kanak-kanak itu berinteraksi atau membacakan sesuatu secara kuat dengannya.

o Pengendali terapi menyediakan sebuah buku, dan kanak-kanak itu membacakannya secara kuat. Ini dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak dalam bersosial serta mengurangkan tekanan darah dan tekanan emosi .

· Selain itu, melalui terapi anjing ini, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi mereka apabila anjing terapi ini menjadi peneman mereka. Bahkan dapat menimbulkan satu ikatan kasih sayang

· Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kurang upaya fizikal, anjing terapi akan menjadi tempat kebergantungan seperti mengambilkan permainan membuka pintu yang selalunya diambil alih oleh orang terdekat mereka. Ini sekaligus dapat meningkatkan keyakinan diri dan menghilangkan perasaan malu


PELAKSANAAN TERAPI KUCING

Terapi kucing ini lebih praktikal dengan menggunakan kucing kesayangan sendiri. Melalui terapi ini, kanak-kanak lebih mudah untuk didekati dengan menerapkan perasaan kasih sayang, sifat tanggungjawab dan meluaskan lagi perspektif komunikasi kanak-kanak. Selain itu, ia dapat menaikkan keyakinan diri kanak-kanak untuk bertutur apabila mereka mudah untuk bercerita ketika bersama haiwan dan sekaligus menghilangkan rasa rendah diri atas kekurangan yang dimiliki. Selain itu terapi kucing boleh merendahkan tekanan darah, menghilangkan stress, menimbulkan ketenangan yang hanya akan dialami dengan mempunyai haiwan kesayangan.

Cara melaksanakan terapi kucing

Ø Kucing terapi ini mestilah dalam keadaan bersedia

o dengan mempunyai personaliti tenang, santai dan mudah bertoleransi di dalam situasi atau suasana yang berbeza. Kucing yang mudah bereaksi secara tiba-tiba adalah kucing terapi yang tidak bersesuaian.

o Mestilah mempunyai reaksi dengan tenungan, bunyian yang tiba-tiba. Serta, dapat menerima tarikan, dicucuk ataupun dikasari tidak melampau daripada kanak-kanak

Ø Pada permulaan terapi, kucing terapi mestilah dalam keadaan yang selesa, bersih dan bersedia.

Ø Memperkenalkan kucing terapi

o Mengajar kanak-kanak memegang kucing dengan betul tanpa mengasarinya


§ Mengusap lembut diatas kepala, dibawah dagu kucing terapi untuk menenangkan kucing terapi


§ Memberikan nama kepada kucing tersebut


§ Boleh meletakkan kucing di atas pangku tanpa takut padanya


Ø Cara menjaga keperluan kucing


o Mengajar kanak-kanak untuk menguruskan keperluan kucing dibawah pemantauan ibu bapa @ pengendali terapi

§ Memberikan makan dan minum mengikut jadual

§ Memandikan seminggu @ 2 minggu sekali

§ Membawa kucing bersiar-siar


Ø Bermain bersama

o Mengajar kanak-kanak untuk berkomunikasi

§ Kanak-kanak akan menjadikan kucing sebagai teman rapat mereka

§ Bercerita, meluahkan emosi dengan kucing lebih memberi ketenangan

§ Sifat kucing yang tenang menyebabkan kanak-kanak terikut dan bersesuaian untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah ADHD, kecelaruan emosi dan kanak-kanak yang pernah mengalami trauma





0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 SENSE OF SIXTH Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes