RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Thursday, April 5, 2012

KESIMPULAN


Penulis : Aisyah binti Nasir

            Kesimpulannya, murid-murid berpendidikan khas perlu diberi peluang untuk menjalani terapi hidro. Hal ini kerana terapi ini mampu membantu kanak-kanak khas yang melatih fizikal mereka bergerak dengan betul. Terutamanya pada kanak-kanak ’cerebral palsy’, semasa menjalani terapi hidro, mereka akan mendapat kebebasan bergerak di dalam air kerana kebanyakan diantara mereka terbatas pergerakannya di darat. Sebagai contoh, bagi kanak-kanak cerebaral palsy yang mempunyai masalah ketegangan otot kaki. Semasa berada  di dalam air suhu air yang sesuai akan memabntu otot menjadi lembut. Rintangan yang diberikan oleh air juga akan menjadikan otot mereka lebih kuat. Mereka yang menjalani terapi hidro juga akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan beraa seronok menjalani terapi ini.Walaubagaimanapun, terapi ini memerlukan nasihat daripada pakar. Tanpa nasihat daripada pakar, kanak-kanak ini mungkin akan menghadapi lebih banyak lagi masalah teruatamanya jika teknik yang salah digunakan.  Terdapat beberapa tempat yang boleh dijadikan sebagai tempat untuk menjalani terapi hidro iaitu seperti kolam renang dan jakuzi. Guru-guru perlulah mempunyai teknik yang betul sebelum membawa kanak-kanak khas ini menjalani terapi hidro. ’Eye contact’ amatlah penting antara guru dan murid supaya murid faham apa yang perlu mereka lakukan dan untuk mengelakkan mereka daripada hilang tumpuan. Justeru, terapi hidro boleh dijadikan sebagai satu terapi berwajib bagi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai latihan berasaskan fizikal, mental, emosi, intelektual dan sosial supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik kelak.


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 SENSE OF SIXTH Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes