Disediakan
oleh: Wan Mohd Muizzudin Wan Ibrahim
Mohd
Akmal bin
Siti Fadhilah binti
Kamarudin
Norfauziatul
Akma binti Mohd Noor
Nurul
Fatihah binti Che Rashid
TERAPI PERGERAKAN
KREATIF
PENGENALAN
·
Merupakan
interpretasi idea, perasaan serta tanggapan idea yang melahirkan secara
simbolik melalui pergerakan
·
Memberikan
penekanan terhadap elemen
Tubuh badan
Masa
Ruang
Tenaga
·
Elemen ini
merupakan perbendahaaran pergerakan untuk membolehkan kanak-kanak serta remaja
berkomunikasi di samping meningkatkan potensi-potensi seperti kebebasan
menyatakan perasaan melalui
ü Pergerakan
ü Ritma
ü Kreativiti
·
Untuk membentuk
sifat-sifatfleksibel
mempelajari
cara-cara mengawal pergerakan
mempertingkat keupayaan
kapasiti pergerakan
menggunakan anggota dan minda
·
sebagai alat
mencapai tahap pergerakan berseni.
SEJARAH
Terapi ini bermula sekitar tahun 1940-an di Amerika
Syarikat. Terapi ini wujud hasil daripada gabungan antara
tarian moden dan
psikiatri yang dipelopori oleh Marian
Chace. Beliau telah menyediakan kelas tarian yang memberi
peluang yang unik untuk ekspresi
diri, komunikasi dan
interaksi kumpulan. Terapi pergerkan yang juga dikenali sebagai terapi tarian merupakan penggunaan gerakan
improvisasi sebagai satu cara merawat sosial, emosi, kognitif
dan masalah fizikal. Sejak tahun 1940-an, ahli
terapi gerakan telah membangunkan
kaedah untuk kegunaan klinikal dengan pelanggan yang mewakili
kebanyakan bidang penjagaan kesihatan. Beberapa
kertas kerja telah dibentangkan
terapi tarian /
gerakan sebagai model rawatan
untuk pesakit yang bukan sakit kronik dan
pelanggan psikosomatik. (Lewis et al 1995, Ambra 1995, Theorell et al
1998, Cohen et al
1999, Boris 2001,
Ellis 2001, Nystrom 2002).
Menurut kepercayaan turun-temurun, pergerakan
dan tarian boleh menggalakkan penyembuhan badan dan minda. Ini kerana, melalui
terapi pergerakan, kita dapat meneroka semua jenis pergerakan dengan idea
bahawa tubuh dan minda saling berkaitan. Terapi pula adalah berdasarkan
tanggapan bahawa segala-gala dalam alam semester ini adalah dalam keadaan
pergerakan yang berterusan dan unit asas pergerakan asas adalah melalui
badan-badan kita sendiri.
Masyarakat di seluruh dunia telah menggunakan
terapi pergerakan sejak awal masa dahulu lagi untuk meluahkan perasaan,
menggalakkan kesuburan serta mewujudkan kesejahteraan. Ia digunakan secara
meluas di seluruh dunia dan merupakan bahagian penting dalam tradisi, walaupun
sesetengah tradisi tidak dapat mengenalpasti aktiviti tersebut sebagai terapi.
Di Timur, terapi pergerakan bermula sebagai
sebuah gerakan kerohanian termasuk amalan mempertahankan diri. Contohnya tai
chi dan gigong, yang diajar dalam kalangan sami-sami Tao. Ia memberi penekanan
kepada meditasi dan corak pernafasan tertentu di mana masih diamalkan secara
meluas sehingga hari ini untuk menggalakkan kesihatan dan panjang umur.
Manakala di Barat pula, terapi pergerakan
dilakukan untuk pemulihan dan kekuatan fizikal terutama selepas sukan dan
terapi fizikal. Ia juga digunakan untuk mambantu dalam penyembuhan dan
mengelakkan kecederaan. Seorang penari koreografer, Pilates telah memperkenalkan
satu kaedah yang popular di mana ia dilakukan di atas lantai dengan / atau
peralatan khusus. Kaedah ini memberi tumpuan kepada pembangunan teras dalaman
yang kukuh dan kekuatan fizikal.
Untuk
maklumat lanjut mengenai Pergerakan Pilates, sila rujuk kepada:
DEFINISI DAN KONSEP PERGERAKAN KREATIF
·
Latihan dalam
melakukan pergerakan dan melakonkan aksi ataupun melakukan pergerakan menigkut
rentak muzik bagi membantu murid-murid pendidikan khas mengekspresikan emosi dan perasaan mereka.
·
Laban
( 1975 ) menulis bahawa dalam setiap
pergerakan asas, tema melambangkan idea pergerakan yang berkembang seimbang dengan
sesuatu peringkat perkembangan citarasa kanak-kanak yang sedang
membesar terhadap aktiviti pergerakan, dan diperingakt-peringkat kemudiannya
perkembangan mental kanak-kanak membolehkan mereka memahami tentang
prinsip-prinsip yang terlibat (Laban ,
1980:28)
·
Rudolp
Laban iaitu salah seorang pelopor
pendidikan pergerakan memberikan definisi dengan mengenalpasti apa yang
dianggap sebagai tugas para pendidik untuk menangani desakan jiwa kanak-kanak untuk
melakukan pergerakan-pergerakan ala tarian dan latihan jasmani yang
merupakan satu bentuk saluran dengan penuh sedar
·
Sybil
Huskey ( 1979 ) dalam buku Facilitating Creative
Growth of Children menyatakan tarian kreatif sebagai tarian yang boleh
menjadikan semudah seperti rasa riang ketika berlari-lari dan kemudiaan berhenti kaku
dengan membentuk tubuh dalam bentuk tertentu atau bentuk kompleks yang
merangkumi dan menghubungkan semula aspek penglaman manusia.
·
Gladys
Andrew Fleming mendefinisikan istilah
pergerakan kreatif ini untuk pendidikan gerak tari kanak-kanak
dan sebagai penghubung antara fikiran dan perasaan yang dipancar melalui
perantaraan anggota tubuh badan. Ini
membayangkan cara seseorang individu menggunakan pergerakan dalam menyelesaikan
tiga komponan utama dalam gerak tari
v untuk
tujuan-tujuan ekspresi
v Komunikasi
atau kepuasan peribadi
( Fleming,
1976 )
·
H.
Doubler
berpendapat gerak tari kreatif ialah sejenis tarian berunsur pendidikan
yang membantu proses pembesaran seseorang individu. Proses kemudian membentuk
pemikiran mental dan merencana aktiviti yang meransang daya berfikir,
pertumbuhan fizikal dan spiritual. Ini membolehkan sesorang individu menghayati
serta menghadapi tuntutan-tuntutan hidup dengan berkesan. ( H’Doubler, 1925 )
TUJUAN
·
Mendedahkan
kanak-kanak kepada pelbagai bentuk pergerakna yang berunsur seni
·
Menggunakan gerak-
geri anggota badan sebagai media
§ melahirkan
perasaan dalaman
§ mengintegrasikan
motor dan kognitif
§ meninjau
hubungan antara personality dan pergerakan
§ meneroka
batas-batas tradisi yang menjadi ciri-ciri dalam proses pendidikan
MATLAMAT
·
Responsive terhadap
keperluan dan minat setiap individu
·
Diterap dalam
pendidikan formal kepada semua peringkat umur.
KEPENTINGAN TERAPI PERGERAKAN KREATIF
·
Meningkatkan koordinasi kaki dan tangan semasa bergerak dalam tarian.
·
Meningkatkan keyakinan diri.
·
Meningkatkan ketahanan dan kekuatan tubuh badan.
·
Meningkatkan keseimbangan badan kanak-kanak melalui tarian
·
Meningkatkan kelenturan badan.
·
Meningkatkan interaksi sosial dengan rakan semasa menari dalam kumpulan.
·
Menimbulkan rasa gembira.
·
Menggalakkan ekspresi diri melalui pergerakan bebas dalam tarian.
·
Mengenali potensi diri.
·
Memupuk kanak-kanak berfikir dan bergerak secara kreatif
·
Boleh bergerak mengikut gerak hati.
PERALATAN TERAPI
Antara
alat yang digunakan dalam terapi pergerakan kreatif ialah ialah :
Gelung
(manipulasi alatan gelung)
Bergerak Ke Sisi Kanan Dan Kiri Dengan
Menggunakan Gelung
Menggunakan Gelung
Gelung Di Atas Kepala Dan Digerakkan Ke Kanan Dan
Ke Kiri
Melompat Setempat Dengan Menggunakan Gelung
Menggelekkan Badan Sambil Duduk Dengan Gelung
Mengerakkan Gelung Ke Dalam
Dan KeLuar
Dan KeLuar
Pergerakan ‘KembangKuncup‘
Mengangkat Gelung Dari Luar Ke Dalam
Mengangkat Gelung Dari Luar Ke Dalam
Mengetuk Gelung Ke Lantai
Memusing Gelung Mengikut Arah Pusingan Jam Sambil
Mengimbang Badan
Peralatan
lain yang boleh digunakan ialah cermin, tali, dan pundi kacang, dan mana-mana
alat mengikut kekreatifan guru asalkan sesuai dengan aktiviti.
CARA PELAKSANAAN TERAPI PERGERAKAN
KREATIF
AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK PERGERAKAN KREATIF
DRAMA
Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - “Pergerakan merupakan salah satu cara untuk
mengungkap perasaan melalui muzik” Emile Jaques Dalcroze. Walaupun
kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak,
namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Melalui pertunjukan
pergerakan kreatif yang dipersembahkan, kita dapat mengenalpasti bahawa
kanak-kanak akan mula memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar
muzik dan melihat pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan.
Contoh :
·
Watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara
misteri dan menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak boleh menunjukkan respon
dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama nenek kebayan ketika
menjadi penonton.
·
Daripada contoh di atas, kita dapat perhatikan bahawa kanak-kanak
seronok ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak.
·
Hal ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak cenderung untuk menggunakan
pergerakan untuk mengekspresikan emosi mereka seperti perasaan gembira, marah,
keliru dan sedih.
·
Hal ini akan memudahkan guru-guru untuk mengenalpasti seterusnya
membimbing setiap perlakuan kanak-kanak tersebut.
Muzik
Seni kinestetik- Pergerakan kreatif dalam muzik adalah seni kinestatik.
Asas muzik seperti irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan
pergerakan harian manusia. Keadaan ini memudahkan kanak-kanak memberi respon
secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Jika dapat dikendalikan dengan
baik, keadaan ini akan memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan
diri kanak-kanak.
Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang
tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor
murid, disamping memupuk nilai sosialisasi. Dari aspek kognitif, murid akan
mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas.
Contoh
·
Bagi murid Tahap 1, aktiviti muzik dan pergerakan kreatif bukan sahaja
membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mer eka
memahami konsep muzik yang abstrak.
·
Aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan
memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan
nilai-nilai murni
Tarian
Pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama-
Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai
terhadap pergerakan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang
semulajadi. Potensi pergerakan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai
bentuk tarian. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa
aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi
tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti
kanak-kanak.
Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia
melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada
tarian asli atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian
merupakan gerak tubuh.
Melalui gerak tubuh, kanak-kanak mampu
untuk mengungkapkan idea-idea
perasaan dan pengalaman kepada orang lain
Seni tari ini dapat di lihat pada
pergerakkan tangan,
kaki
badan
mata
anggota tubuh badan
Contoh aktivti 1
• bergerak seperti seekor burung semasa muzik
perlahan dipasangkan.
• Melalui aktiviti sebegini akan dapat meningkatkan
lagi konsep kendiri murid.
• Dengan melakukan aktiviti yang melibatkan terapi
pergerakan kreatif ini, murid akan menggunakan kesemua ruang untuk bergerak.
Contoh aktiviti 2
• Persembahan kanak- kanak khas pada Hari Guru banyak
mengaplikasikan aktiviti terapi pergerakan kreatif dan aktiviti terapi muzik
dan nyanyian.
• Setelah mereka mempersembahkan persembahan mereka,
kanak- kanak tersebut akan menerima
tepukan yang gemuruh.
• Semasa melakukan aktiviti terapi pergerakan kreatif
ini juga membolehkan kanak- kanak pendidikan khas merasakan diri mereka
dihargai .
Contoh aktiviti 3
• Murid duduk di depan cermin dan membuat air muka yang berlainan.
• Selepas itu, berdepan dengan rakan dan meminta
rakan membuat air muka yang sama
dengannya.
MASALAH DALAM PELAKSANAAN
TERAPI PERGERAKAN KREATIF
MASALAH KOMUNIKASI
·
Murid sukar untuk mengikut arahan yang diberikan guru
·
Murid tidak faham cara untuk melakukan pergerakan
·
Masalah dalam memberi tindak balas
·
Murid tidak melibatkan diri dengan aktif
MASALAH FIZIKAL (TUBUH BADAN)
·
Murid sukar untuk menggerakkan badan mengikut arahan
·
Pergerakan terbatas
·
Respon untuk melakukan sesuatu pergerakan lambat
·
Memerlukan bantuan/guru untuk membimbing melalukan pergerakan
·
Selalu keliru dengan pergerakan tertentu
MASALAH PERALATAN
·
Memerlukan peralatan yang sesuai
·
Masalah dalam pemilihan peralatan mengikut aktiviti
·
Peralatan yang mahal untuk aktitvi yang menarik
·
Peralatan dan bahan yang tidak mencukupi
·
Keselamatan peralatan
MASALAH BILIK TERAPI
·
Kelengkapan bilik terapi yang kurang sesuai
·
Bilik terapi yang padat dan kurang ruang untuk melakukan pergerakan
·
Bilik terapi yang tidak kondusif
·
Keselamatan pergerakan yang dilakukan serta keselamatan kawasan yang
digunakan
MASALAH GURU
·
Guru kurang berpengetahuan dalam terapi pergerakan kreatif
·
Guru kurang berpengetahuan tentang psikologi murid
·
Guru kurang berpengetahuan tentang teori pembelajaran
·
Kemahiran yang rendah dalam mengendalikan terapi
·
Guru tidak kreatif dalam melaksanakan aktiviti terapi
·
Guru tidak mewujudkan iklim kreativiti dan ekspresi semasa proses terapi
dijalankan
MASALAH TINGKAH LAKU
·
Sukar untuk menguruskan tingkah laku murid
·
Sukar untuk membentuk kerjasama semasa menjalankan pergerakan
·
Interaksi antara guru tidak berlansung secara berkesan disebabkan
tingkah laku
PENUTUP
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
" .
(Falsafah
Pendidikan Kebangsaan)
Sebagai kesimpulan, penggunaan
terapi amat perlu dalam kalangan individu berkeperluan khas. Semua aspek yang
disebutkan dalam Falsafah Pendidikan Negara dapat diaplikasikan apabila
terapi-terapi ini dijalankan. Murid dapat mengembangkan aspek fizikal, mental,
emosi, rohani dan sosial sekali gus apabila menjalani terapi.