RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Thursday, April 5, 2012

TERAPI PERGERAKAN KREATIF



Disediakan oleh:   Wan Mohd Muizzudin Wan Ibrahim
                                    Mohd Akmal bin
Siti Fadhilah binti Kamarudin
                                    Norfauziatul Akma binti Mohd Noor
                                    Nurul Fatihah binti Che Rashid           

TERAPI PERGERAKAN KREATIF

PENGENALAN
·         Merupakan interpretasi idea, perasaan serta tanggapan idea yang melahirkan secara simbolik melalui pergerakan
·         Memberikan penekanan terhadap  elemen
*      Tubuh badan
*      Masa
*      Ruang
*      Tenaga
·         Elemen ini merupakan perbendahaaran pergerakan untuk membolehkan kanak-kanak serta remaja berkomunikasi di samping meningkatkan potensi-potensi seperti kebebasan menyatakan perasaan melalui
ü  Pergerakan
ü   Ritma
ü  Kreativiti
·         Untuk membentuk
*      sifat-sifatfleksibel
*      mempelajari cara-cara mengawal pergerakan
*       mempertingkat keupayaan
*       kapasiti pergerakan
*       menggunakan anggota dan minda
·         sebagai alat mencapai tahap pergerakan berseni.

SEJARAH
Terapi ini bermula sekitar tahun 1940-an di Amerika Syarikat. Terapi ini wujud hasil daripada gabungan antara tarian moden dan psikiatri yang dipelopori oleh Marian Chace. Beliau telah menyediakan kelas tarian yang memberi peluang yang unik untuk ekspresi diri, komunikasi dan interaksi kumpulan. Terapi pergerkan yang juga dikenali sebagai terapi tarian merupakan penggunaan gerakan improvisasi sebagai satu cara merawat sosial, emosi, kognitif dan masalah fizikal. Sejak tahun 1940-an, ahli terapi gerakan telah membangunkan kaedah untuk kegunaan klinikal dengan pelanggan yang mewakili kebanyakan bidang penjagaan kesihatan. Beberapa kertas kerja telah dibentangkan terapi tarian / gerakan sebagai model rawatan untuk pesakit yang bukan sakit kronik dan pelanggan psikosomatik. (Lewis et al 1995, Ambra 1995, Theorell et al 1998, Cohen et al 1999, Boris 2001, Ellis 2001, Nystrom 2002).
Menurut kepercayaan turun-temurun, pergerakan dan tarian boleh menggalakkan penyembuhan badan dan minda. Ini kerana, melalui terapi pergerakan, kita dapat meneroka semua jenis pergerakan dengan idea bahawa tubuh dan minda saling berkaitan. Terapi pula adalah berdasarkan tanggapan bahawa segala-gala dalam alam semester ini adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan unit asas pergerakan asas adalah melalui badan-badan kita sendiri.
Masyarakat di seluruh dunia telah menggunakan terapi pergerakan sejak awal masa dahulu lagi untuk meluahkan perasaan, menggalakkan kesuburan serta mewujudkan kesejahteraan. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia dan merupakan bahagian penting dalam tradisi, walaupun sesetengah tradisi tidak dapat mengenalpasti aktiviti tersebut sebagai terapi.
Di Timur, terapi pergerakan bermula sebagai sebuah gerakan kerohanian termasuk amalan mempertahankan diri. Contohnya tai chi dan gigong, yang diajar dalam kalangan sami-sami Tao. Ia memberi penekanan kepada meditasi dan corak pernafasan tertentu di mana masih diamalkan secara meluas sehingga hari ini untuk menggalakkan kesihatan dan panjang umur.
Manakala di Barat pula, terapi pergerakan dilakukan untuk pemulihan dan kekuatan fizikal terutama selepas sukan dan terapi fizikal. Ia juga digunakan untuk mambantu dalam penyembuhan dan mengelakkan kecederaan. Seorang penari koreografer, Pilates telah memperkenalkan satu kaedah yang popular di mana ia dilakukan di atas lantai dengan / atau peralatan khusus. Kaedah ini memberi tumpuan kepada pembangunan teras dalaman yang kukuh dan kekuatan fizikal.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pergerakan Pilates, sila rujuk kepada:

DEFINISI  DAN KONSEP PERGERAKAN KREATIF
·         Latihan dalam melakukan pergerakan dan melakonkan aksi ataupun melakukan pergerakan menigkut rentak muzik bagi membantu murid-murid pendidikan khas  mengekspresikan emosi dan perasaan mereka.
·         Laban ( 1975 ) menulis bahawa dalam setiap pergerakan asas, tema melambangkan idea pergerakan yang berkembang seimbang dengan sesuatu peringkat perkembangan citarasa kanak-kanak yang sedang membesar terhadap aktiviti pergerakan, dan diperingakt-peringkat kemudiannya perkembangan mental kanak-kanak membolehkan mereka memahami tentang prinsip-prinsip yang terlibat (Laban , 1980:28)
·         Rudolp Laban iaitu salah seorang pelopor pendidikan pergerakan memberikan definisi dengan mengenalpasti apa yang dianggap sebagai tugas para pendidik untuk menangani desakan jiwa kanak-kanak untuk melakukan pergerakan-pergerakan ala tarian dan latihan jasmani yang merupakan satu bentuk saluran dengan penuh sedar
·         Sybil Huskey ( 1979 ) dalam buku Facilitating Creative Growth of Children menyatakan tarian kreatif sebagai tarian yang boleh menjadikan semudah seperti rasa riang ketika berlari-lari dan kemudiaan berhenti kaku dengan membentuk tubuh dalam bentuk tertentu atau bentuk kompleks yang merangkumi dan menghubungkan semula aspek penglaman manusia.
·         Gladys Andrew Fleming mendefinisikan istilah pergerakan kreatif ini untuk pendidikan gerak tari kanak-kanak dan sebagai penghubung antara fikiran dan perasaan yang dipancar melalui perantaraan anggota tubuh badan.  Ini membayangkan cara seseorang individu menggunakan pergerakan dalam menyelesaikan tiga komponan utama dalam gerak tari
v  untuk tujuan-tujuan ekspresi
v  Komunikasi atau kepuasan peribadi
( Fleming, 1976 )
·         H. Doubler  berpendapat gerak tari kreatif ialah sejenis tarian berunsur pendidikan yang membantu proses pembesaran seseorang individu. Proses kemudian membentuk pemikiran mental dan merencana aktiviti yang meransang daya berfikir, pertumbuhan fizikal dan spiritual. Ini membolehkan sesorang individu menghayati serta menghadapi tuntutan-tuntutan hidup dengan berkesan. ( H’Doubler, 1925 )
TUJUAN
·         Mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai bentuk pergerakna yang berunsur seni
·         Menggunakan gerak- geri anggota badan sebagai media
§  melahirkan perasaan dalaman
§  mengintegrasikan motor dan kognitif
§  meninjau hubungan antara personality dan pergerakan
§  meneroka batas-batas tradisi yang menjadi ciri-ciri dalam proses pendidikan
MATLAMAT
·         Responsive terhadap keperluan dan minat setiap individu
·         Diterap dalam pendidikan formal kepada semua peringkat umur.

KEPENTINGAN TERAPI PERGERAKAN KREATIF
·         Meningkatkan koordinasi kaki dan tangan semasa bergerak dalam tarian.
·         Meningkatkan keyakinan diri.
·         Meningkatkan ketahanan dan kekuatan tubuh badan.
·         Meningkatkan keseimbangan badan kanak-kanak melalui tarian
·         Meningkatkan kelenturan badan. 
·         Meningkatkan interaksi sosial dengan rakan semasa menari dalam kumpulan.
·         Menimbulkan rasa gembira.
·         Menggalakkan ekspresi diri melalui pergerakan bebas dalam tarian.
·         Mengenali potensi diri.
·         Memupuk kanak-kanak berfikir dan bergerak secara kreatif
·         Boleh bergerak mengikut gerak hati.

PERALATAN TERAPI

Antara alat yang digunakan dalam terapi pergerakan kreatif ialah ialah :

Gelung (manipulasi alatan gelung)

Bergerak Ke Sisi Kanan Dan Kiri Dengan
Menggunakan Gelung




Gelung Di Atas Kepala Dan Digerakkan Ke Kanan Dan Ke Kiri


Melompat Setempat Dengan Menggunakan Gelung


Menggelekkan Badan Sambil Duduk Dengan Gelung


Mengerakkan Gelung Ke Dalam
Dan KeLuar

Pergerakan ‘KembangKuncup‘
Mengangkat Gelung Dari Luar Ke Dalam


Mengetuk Gelung Ke Lantai

Memusing Gelung Mengikut Arah Pusingan Jam Sambil Mengimbang Badan


Peralatan lain yang boleh digunakan ialah cermin, tali, dan pundi kacang, dan mana-mana alat mengikut kekreatifan guru asalkan sesuai dengan aktiviti. 
CARA PELAKSANAAN TERAPI PERGERAKAN KREATIF
AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK PERGERAKAN KREATIF

DRAMA
Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - “Pergerakan merupakan salah satu cara untuk mengungkap perasaan melalui muzik” Emile Jaques Dalcroze. Walaupun kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Melalui pertunjukan pergerakan kreatif yang dipersembahkan, kita dapat mengenalpasti bahawa kanak-kanak akan mula memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan.

Contoh :

·         Watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara misteri dan menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak boleh menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama nenek kebayan ketika menjadi penonton.
·         Daripada contoh di atas, kita dapat perhatikan bahawa kanak-kanak seronok ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak.
·         Hal ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak cenderung untuk menggunakan pergerakan untuk mengekspresikan emosi mereka seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih.
·         Hal ini akan memudahkan guru-guru untuk mengenalpasti seterusnya membimbing setiap perlakuan kanak-kanak tersebut.

Muzik
http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTujppTL67LsgOp5MxX4B9fECoN3eVj1JQYuQJ-7WjnNwZgXjfaEgSeni kinestetik- Pergerakan kreatif dalam muzik adalah seni kinestatik. Asas muzik seperti irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian manusia. Keadaan ini memudahkan kanak-kanak memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Jika dapat dikendalikan dengan baik, keadaan ini akan memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.

Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi. Dari aspek kognitif, murid akan mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas.

Contoh
·         http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQyaCYC6Enx3IHXr5j79zGgm1bQphVeLeexNN0WSnlLUJ2cfz9-Bagi murid Tahap 1, aktiviti muzik dan pergerakan kreatif bukan sahaja membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mer eka memahami konsep muzik yang abstrak.
·         Aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan nilai-nilai murni

Tarian
Pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama- Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSdEk-CidAB3_dmcK9IFYJcJZ8PEcyfYm5Ayhd08gEkmIjOp3KEZQpergerakan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tarian. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak.

 Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian merupakan gerak tubuh.
Melalui gerak tubuh, kanak-kanak mampu
*      untuk mengungkapkan idea-idea
*      perasaan dan pengalaman kepada orang lain
Seni tari ini dapat di lihat pada
*      pergerakkan tangan,
*      kaki
*       badan
*       mata
*      anggota tubuh badan

Contoh aktivti 1
      bergerak seperti seekor burung semasa muzik perlahan dipasangkan.
      Melalui aktiviti sebegini akan dapat meningkatkan lagi konsep kendiri murid.
      Dengan melakukan aktiviti yang melibatkan terapi pergerakan kreatif ini, murid akan menggunakan kesemua ruang untuk bergerak.

Contoh aktiviti 2
      Persembahan kanak- kanak khas pada Hari Guru banyak mengaplikasikan aktiviti terapi pergerakan kreatif dan aktiviti terapi muzik dan nyanyian.
      Setelah mereka mempersembahkan persembahan mereka, kanak- kanak tersebut akan menerima tepukan yang gemuruh.
      Semasa melakukan aktiviti terapi pergerakan kreatif ini juga membolehkan kanak- kanak pendidikan khas merasakan diri mereka dihargai .

Contoh aktiviti 3
      Murid duduk di depan cermin dan membuat air muka yang berlainan.
      Selepas itu, berdepan dengan rakan dan meminta rakan membuat air muka yang sama dengannya.

MASALAH DALAM PELAKSANAAN TERAPI PERGERAKAN KREATIF
MASALAH KOMUNIKASI
·         Murid sukar untuk mengikut arahan yang diberikan guru
·         Murid tidak faham cara untuk melakukan pergerakan
·         Masalah dalam memberi tindak balas
·         Murid tidak melibatkan diri dengan aktif
MASALAH FIZIKAL (TUBUH BADAN)
·         Murid sukar untuk menggerakkan badan mengikut arahan
·         Pergerakan terbatas
·         Respon untuk melakukan sesuatu pergerakan lambat
·         Memerlukan bantuan/guru untuk membimbing melalukan pergerakan
·         Selalu keliru dengan pergerakan tertentu
MASALAH PERALATAN
·         Memerlukan peralatan yang sesuai
·         Masalah dalam pemilihan peralatan mengikut aktiviti
·         Peralatan yang mahal untuk aktitvi yang menarik
·         Peralatan dan bahan yang tidak mencukupi
·         Keselamatan peralatan
MASALAH BILIK TERAPI
·         Kelengkapan bilik terapi yang kurang sesuai
·         Bilik terapi yang padat dan kurang ruang untuk melakukan pergerakan
·         Bilik terapi yang tidak kondusif
·         Keselamatan pergerakan yang dilakukan serta keselamatan kawasan yang digunakan
MASALAH GURU
·         Guru kurang berpengetahuan dalam terapi pergerakan kreatif
·         Guru kurang berpengetahuan tentang psikologi murid
·         Guru kurang berpengetahuan tentang teori pembelajaran
·         Kemahiran yang rendah dalam mengendalikan terapi
·         Guru tidak kreatif dalam melaksanakan aktiviti terapi
·         Guru tidak mewujudkan iklim kreativiti dan ekspresi semasa proses terapi dijalankan
MASALAH TINGKAH LAKU
·         Sukar untuk menguruskan tingkah laku murid
·         Sukar untuk membentuk kerjasama semasa menjalankan pergerakan
·         Interaksi antara guru tidak berlansung secara berkesan disebabkan tingkah laku

PENUTUP
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. " .
(Falsafah Pendidikan Kebangsaan)
Sebagai kesimpulan, penggunaan terapi amat perlu dalam kalangan individu berkeperluan khas. Semua aspek yang disebutkan dalam Falsafah Pendidikan Negara dapat diaplikasikan apabila terapi-terapi ini dijalankan. Murid dapat mengembangkan aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial sekali gus apabila menjalani terapi.  



 
Copyright 2009 SENSE OF SIXTH Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes